Terima Kasih kerana berkunjung ke laman blog ini. Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dan disebarkan kepada umat Islam yang lain.
Kepada para sahabat dan ilmuwan agama yang pakar dalam aqidah, usuluddin, al Quran, hadith, usul feqh, feqh dan disiplin ilmu yang lain (mengikut Mazhab Syafie aliran Asya'iroh/al Maturidiyyah) diharap dapat berkunjung ke laman-laman web di bawah untuk memberikan kefahaman dan penjelasan kepada umat Islam di Malaysia :
Kami sedang berusaha untuk memberi kefahaman kepada Umat Islam di Malaysia di dalam Facebook. Ini adalah antara usaha kecil kami untuk berdakwah. AlhamduliLlah setakat ini sudah 5,253 sahabat yang menyertai kami. Jom bergabung di sini:
Jom Beli Buku Berkualiti Ahlus Sunnah Wal Jama'ah ^_^
Jom 'KLIK' Forum Islamik ASWJ
Isnin, 24 Ogos 2009
Siapakah Firqatun Najiah (Golongan Yang Selamat) ? Bab 14
Penjelasan Tentang Hadith Iftiroqul Ummah
Terhadap hadith iftirooqul ummah itu terdapat 2 pendapat tentang ummat mana yang dimaksudkan, apakah umat dakwah atau ummat ijabah?
Ummat Dakwah adalah ummat yang terkena kewajiban untuk beriman terhadap apa yang didakwahkan oleh Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam dan dakwah beliau itu meliputi seluruh manusia yang ada di muka bumi kerana khitob (perintah) al Quran itu memang tertuju kepada mereka tanpa kecualli. ALlah subahanahu wa ta'ala berfirman :
Ertinya : "Dan tidaklah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) kecuali kepada seluruh ummat manusia sebagai pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui
(Surah As Saba' : 28)
Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :
"Dan saya diutus kepada ummat manusia seluruhnya".
(Hadith riwayat Muslim)
Dengan demikian maka siapa yang beriman dia adalah ummat ijabah. Dan siapa yang tidak beriman maka dia adalah ummat dakwah.
Banyak ulama yang berpendapat bahawa "perpecahan" itu akan terjadi pada ummat dakwah iaitu mereka yang belum masuk Islam dan masih tetap dalam kekafiran. Berdasarkan pendapat ini maka di antara kaum Muslimin itu tidak ada jema'ah tertentu yang boleh mengaku dirinya sebagai Firqah Najiah melainkan seluruh kaum Muslimin itu adalah Najun iaitu orang-orang yang selamat dengan izin ALlah subahanahu wa ta'ala.
Sedangkan apabila (dikatakan) bahawa perpecahan itu terjadi pada ummat ijabah iaitu mereka yang telah mengucapkan dua kalimah syahadah dan telah masuk Islam maka yang tergolong sesat adalah mereka yang keluar dari agama dengan sebab melakukan sesuatu yang secara ijmak telah menyebabkan mereka kafir, seperti mengingkari salah satu rukun di antara rukun-rukun Islam atau rukun-rukun iman.
Seperti inilah sebenarnya keadaan kebanyakan firqah yang menisbahkan diri kepada Islam padahal mereka telah melakukan sesuatu yang menyebabkan mereka kafir secara ijmak. Begitu juga dengan orang-orang yang berpendapat bahawa ALlah itu bertempat (hulul) pada manusia. Kelompok-kelompok seperti yang disebutkan ini jumlahnya boleh sahaja melebihi 70. Mereka itu di tengah-tengah pengakuannya sebagai orang Islam. Sebenarnya adalah orang-orang kafir secara ijmak sebagaimana dinyatakan oleh Lembaga-lembaga Fiqh Moden yang berada di bawah Rabitah al A'lam al Islami kerana telah nyata pengingkaran mereka terhadap sebahagian rukun Islam dan rukun iman dan dari segi jumlah, mereka ini termasuk minoriti.
Adapun selain mereka adalah kaum Muslimin yang merupakan majoriti dan semua mereka itu adalah Mukmin yang bertauhid serta dijanjikan akan masuk syurga sesuai dengan nas-nas yang qot'ie dan mutawattir.
Kelebihan Selawat
-
Assalamualaikum..
Di hari Jumaat yang barakah ini, penghulu segala hari di mana tidak akan
berlaku kecuali pada hari Jumaat marilah sama-sama kita me...
Makna Sebuah Kehidupan
-
*
*
*Makna Sebuah Kehidupan...*
Ketika insan melihat ke langit,
Lalu bertanya kepada dirinya,
Adakah langit sebagai hujungnya,
Hujung bagi sebuah k...
ISLAM MENANG ATAU ISLAM SERI?
-
Para pembaca budiman,
Saya masih lagi membuat analisis kedudukan politik di Malaysia. Secara
khusus saya membuat analisis mengenai Tahaluf PAS melalui PR, ...
Sambutan Hari Ibu
-
Salah seorang kawan ana bertanyakan hukum merayakan hari ibu. Ada yang
mengharamkan dan ada yang menghalalkan. Menurut pandangan ana, merayakannya
adalah ...
Debat .. Islamikkah Ia ?
-
Sudah lama saya tidak menulis di dalam laman ini. Ya, bukan sudah tapi
sangat lama. Menulis perlukan tumpuan.Jika ingin menulis tentang resepi
masakan p...
Antara Hikmah dan ‘Illah
-
(Disiarkan dalam Majalah Tarbawi 3, terbitan Akademi Tarbiah Pemuda)
“Ustaz, kalau dah laksanakan hudud pun tak kurangkan jenayah bagaimana ya?
Adakah perl...
Persoalan Ibadat Korban di Aidiladha
-
Pada 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432, umat Islam akan menyambut
Hari Raya Aidiladha bagi meraikan kejayaan sebilangan saudara seagama
mengerjak...
Wafatnya Syeikh Malik Ibnu Arabi Sanusi
-
Pada tanggal 12 rajab 1428 penulis ( Muhammad Husni Ginting Al-Langkati
Al-Azhari-red) telah samapai ke kota Madinah Munawwar, setelah melaksanakan
ziarah ...
Jasad Sahabat Mulia Hujr bin ‘Adi RA??
-
*Sahabat Mulia Hujr bin ‘Adi RA*
*
*
Menggali dan mengeluarkan mayat daripada kubur tanpa sebab yang kuat adalah
perbuatan yang tidak harus. Ia adalah perb...
Hikam Abi Madyan sambungan 01
-
Sambungan Hikam Abi Madyan 01
buat bacaan mlm yang penuh keberkatan.
dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Pengasih.
Dan lagi barang yang dinaqal dari S...
Doa Sayyidina ‘Ali bin Abi Tholib كرم الله وجهه
-
Petikan dari *Tazkirah an-Naas* oleh al-Habib Abu Bakar ‘Atthos bin
‘Abdullah bin ‘Alwi bin Zein al-Habsyi رحمه الله تعالى hal 185:
Telah berkata Al-H...
Hendak Menyertai Jemaah Tabligh
-
HAMBA ALLAH : Salam..nak tanya sikit...masuk Tabligh bagus tak? ABU ZULFIQAR : Wlksm. Menyertai aktiviti-aktiviti Jemaah Tabligh memang bagus. Tapi s...
Pembinaan Dapur Asrama Dan Dewan Makan
-
Pembinaan Dapur Asrama Dan Dewan Makan
Assalaamu`alaikum
BismiLLaahirRahmaanirRahiim
Untuk pengambilan pelajar tinggal diasrama madrasah perlukan dapur dan ...
Mimpi Anjing Hitam Berkait Saka?
-
"Salam..saya nak tanya, adakah mimpi anjing hitam nak serang bermksud kita
ada saka?"
Wlksm. Tidak semestinya. Biasanya mimpi hendak diserang oleh anjing h...
RUMAHTANGGA : JAUHI PENGHASUT DAN PENYIBUK [P&P]
-
*
*
*
*
*
*
*RUMAHTANGGA : JAUHI PENGHASUT DAN PENYIBUK [P&P]*
*
*
Punca utama perceraian apabila ramai disekeliling anda cuba menjadi jaguh
bicara. Ya, a...
Alamat Isim
-
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين،
أما بعد ؛
بالجر والتنوين والنداء و أل ومسند للسم تمييز حص...
PERBAHASAN HURUF TA’RIF (HURUF YANG MEMA’RIFATKAN)
-
**
*DEFISINI :*
Huruf ta’rif adalah alif lam yang berfungsi mema’rifahkan suatu kalimat.
Manakala menurut Imam Sibaweh :
Huruf ta’rifnya adalah lam s...
Video Bacaan Hukum Qalqalah
-
Sekiranya anda telah membaca artikel saya yang lepas tentang hukum bacaan
Qalqalah, tentu anda telah pun faham secara teorinya apakah yang dikatakan
qalqal...
Prof Dr Hamka Dan Tasawwuf
-
Penyertaan Ulama Berwibawa ke TQN Suryalaya
Prof Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah - Hamka
‘’Hamka’’ adalah ringkasan dari nama penuhnya Haji Abdul Ma...
::Bersama Para Wali Allah::
-
Tajuk: “Wanita Yang Tidak Berbicara Melainkan Ayat Suci Al-Quran”٭٭
Oleh: Mohammad Taha Bin Haji Hassan
Sewaktu Abdullah bin al-Mubarak di dalam perjalana...
Aku Pijak di Medan Bumi
-
Oleh Mohd Akhmal Mohd Ali
"Di mana bumi ku pijak, di situ Islam ku junjung!"
Aku selalu dengar sebelum ini "Di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjun...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan